Bilakah kali terakhir anda berjumpa dan berbual-bual dengan sahabat anda? Adakah alasan anda terlalu sibuk dengan kerja ataupun sibuk menjaga rumahtangga sehingga anda tiada masa terluang untuk kawan-kawan anda?
Ramai di antara kita hari ini begitu
sibuk sehingga tiada masa terluang untuk sahabat. Bagi suri rumah kesibukkan untuk menjaga
rumahtangga adalah sangat penting berbanding sahabat. Manakala, orang yang berkerjaya akan sibuk
dengan kerja sehingga pulang lewat demi untuk menyiapkan tugas yang
berlambak.
Hubungan persahabatan akan mengambil
masa untuk dibina dan untuk mendapatkan kepercayaan antara persahabatan didapati
dalam satu malam. Jika anda berasa anda
tidak mempunyai cukup sahabat dalam kehidupan anda, itu adalah salah satu sebab
anda membiarkan diri anda terlalu sibuk.
Untuk mengekalkan persahabatan kita juga perlu memberi
komitmen dan juga usaha. Ramai antara kita, membiarkan hidup kita menjadi
terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berseronok bersama teman dan saudara
mara. Cuba anda fikir ke mana anda akan luahkan sekiranya ada krisis? Masih
bolehkan anda meluahkan perasaan dengan sahabat-sahabat anda?
Jika sebab utama anda tidak dapat bersama sahabat kerana
terlalu sibuk, mari kita lihat pula bagaimana anda menghabiskan masa untuk diri
anda sendiri. Adakah gaya hidup sibuk
anda benar-benar membawa kehidupan yang lebih berkualiti seperti yang anda
mahukan? Adakah ia berbaloi? Cuba fikirkan sendiri. Jadi, berusahalah menghubungi sahabat anda sekerap mungkin dan mengetahui perkembangan mereka.
Untuk Si Suami pula, anda kena memberi ruang untuk isteri anda sekali sekala bersosial berlibur bersama sahabat mereka. Menganjurkan hari keluarga bersama teman juga amat boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan setiap keluarga sahabat anda.
Untuk Si Suami pula, anda kena memberi ruang untuk isteri anda sekali sekala bersosial berlibur bersama sahabat mereka. Menganjurkan hari keluarga bersama teman juga amat boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan setiap keluarga sahabat anda.
Sahabat yang yang baik akan
meninggalkan ruang di hati anda dan begitu juga sebaliknya termasuk anda
sendiri.
No comments:
Post a Comment