Surat perletakkan jawatan sudah berada di
atas meja Boss dan dia sudahpun memasuki bilik pejabat di mana jam
sudah menunjukkan jam 8:30 pagi. Begitulah Boss kami, yang
sentiasa datang awal dan tepat masa bila masuk kerja. Tidakkah dia merasa
tertekan setiap kali datang bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran yang akan datang
seperti contoh menerima surat perletakkan jawatan daripada saya yang
sememangnya seorang pekerja yang rajin dan passionate dengan
tugas. Ya, sememangnya saya tidak malu untuk mengakui sifat-sifat ini
yang pastinya benar belaka. Tetapi, adakah Boss berfikiran sama
seperti saya? Atau mungkinkah dia berkata. "Tidak mengapa kerana ramai
lagi yang di luar sana yang dapat mengisi kekosongan jawatan saya." MUNGKIN....
Hati ini sudah membatu dan bertekad walaupun ribut dan hujan datang menghalang, tiada yang dapat mengubah keputusan. Tergiang-giang di dalam telinga tangisan anak kecil yang sedang saya tinggalkan bersendirian bersama Baby sitter seharian...terlalu banyak cerita dan berita yang keluar dalam TV memaparkan pengasuh mendera anak majikan. Pengasuh itu, pengasuh ini. Meremang bulu tengkuk bila mengingati cerita begini dan sesak nafas dibuatnya. Hendak mengupah rumah asuhanpun dah tak sanggup lagi. Bukan semuanya tak bagus tetapi perasaan risau masih lagi tidak dapat dibendung.
Tidak dapat dipersoalkan lagi kerana
keputusan yang telah dibuat adalah untuk Si Manja dan saya amat pasti ia adalah
keputusan yang betul. Ia sepatutnya telah sudah lama berlaku.
Adakah anda mempunyai cerita yang sama
seperti saya?
Amat diakui perasaan dilema setelah
berhenti kerja sememangnya timbul. Ketakutan untuk menerima hakikat tidak
mempunyai wang sendiri adalah sebab utama. Keduanya, akan hidup kesunyian
tanpa ada kawan-kawan sepertimana waktu berkerja dahulu. Ketiganya, akan
kehilangan keyakinan diri atau self-esteem. Semua perkara ini
bermain-main di fikiran sejurus selepas berhenti kerja.
LANGIT TIADA BATASAN
Lama-kelamaan saya mula jelak dengan
perasaan yang sempit dan negatif dilema berhenti kerja. Ia betul-betul
tidak membantu. Apa kata tanamkan impian dan biarkan ia tumbuh mencapai
langit yang tiada batasan. Tiada yang mustahil dan begitu juga anda.
SURI RUMAH ADALAH KERJAYA
Wanita selalu dikaitkan dengan pepatah
"Walau setinggi manapun sekolah, ke dapur jua wanita akan
pergi". Saya tidak mahu menafikan kebenarannya kerana ia
benar-benar berlaku pada diri saya sendiri. Dipendekkan cerita, menjadi
seorang suri rumah tidaklah semudah seperti yang disangkakan. Kerja-kerja
di rumah bagaikan tiada kesudahannya. Ia tak jauh ubahnya waktu-waktu
bekerja dahulu, siap satu datang lagi satu. Bagaikan sudah diset tak ubah
seperti"Job Descriptions/Job Scope" untuk rutin harian.
Itulah suri rumah, betul-betul berkerja dan ia adalah satu kerjaya
mencabar.
Walaupun begitu, wanita sememangnya
dilahirkan penuh keunikkan. Kita seharusnya bangga kerana wanita dapat
menggunakan fikirannya untuk multi task. Malah wanita dapat berfikir
banyak perkara dalam satu masa. Mungkin anda tidak percaya dengan kenyataan
ini. Saya amat mengalakkan anda untuk mencubanya.
Sambil anda membaca blog ini fikiran anda
akan melayang bagaimana hendak menjana wang sendiri dengan kerja
sambilan dan apa nak buat petang nanti. Itulah keunikan anda sebagai
wanita yang saya katakan tadi dan laman ini sangat sesuai untuk anda.
* Para wanita di luar sana yang ingin
berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing bersama teman-teman kita adalah
amat dialu-alukan dengan menghantar blog url atau artikel anda ke sini.
Saya akan paparkan di column khas nanti. Sebarlah kisah kejayaan anda
untuk membantu mereka yang lain.
Silakan pos di bahagian "Comment" seperti di bawah.
No comments:
Post a Comment