Memegang jawatan sebagai suri rumah penuh ini membuat diri ini lebih tabah dan kuat walaupun ada kalanya rasa kekecewaan sekali sekala. Itu adalah kebiasaan, lumrah kehidupan tak kira di mana kita berada. Mana tidaknya, cabaran dan tanggungjawab yang dipikul sepanjang masa tak ubah bagaikan waktu bekerja di pejabat suatu ketika dulu. Tiada istilah kerja dah siap kerana tanggungjawab sebagai suri rumah tiada berkesudahan. Sememangnya suri rumah layak juga dimartabatkan sebagai isteri berkejaya. Tak percaya? Mungkin ada diantara anda jikalau kita mengisi mana-mana borang secara online khususnya, terdapat satu 'column' kerjaya yang anda scroll nanti akan ada 'Housewife' ataupun 'Suri Rumah'. Jikalau isi borang fizikal pun kita akan letak dibahagian kejaya 'Suri rumah'.
Sepanjang saya menjadi suri rumah, banyak yang telah saya lakukan untuk mengisi masa lapang. Sekali sekala mencuri masa yang terluang melayari laman web dan berfacebook serta membuat kerja-kerja online. Tidak ketinggalan juga saya kerap mengikuti kerja-kerja komuniti yang dianjurkan di sekitar bandar ini sebagai aktiviti sosial saya.
Sepertimana suri rumah yang lain, menjaga anak dan menguruskan rumahtangga bukanlah suatu kerja mudah dan tidak pula sesukar mana. Tapi saya amat faham di hati masing-masing jikalau boleh..ingin juga mempunyai pendapatan sendiri. Begitu juga saya...di zaman moden ini, semuanya bagaikan tak cukup. Keperluan seharian semakin hari semakin mendesak untuk kita mencari mana-mana peluang untuk menjana kewangan.
Saya pasti kita semua pernah jatuh dan gagal. Kerana inilah kehidupan yang tak ubah bagaikan roda, ada kalanya kita di atas dan adakalanya di bawah. Jika tiada kegagalan maka kita tidak akan belajar. Ada juga manusia dilahirkan bertuah..semua benda menjadi. Tetapi itu semua hanya sementara, kerana suatu hari nanti Tuhan mungkin akan tarik balik keistimewaan itu bila-bila masa. Yang penting sekali usaha dan terus mencuba dan jangan putus asa. Tiada perkara yang memewahkan kita dalam hanya satu malam. Inilah pengalaman saya secara umumnya. Jika terdapat peluang di luar sana, tanyalah hati adakah itu kemahuan kita sebenar? Sanggupkah ada pengorbanan? Adakah si suami merestui? Masing-masing punyai jawapannya.
Betul..sewaktu awal2 nak mulakan kerja dari rumah saya paling stress...orang pandang hina lama2 dah kebal..he2...
ReplyDeletehttp://dalilablogez.blogspot.com/
Hi Sis,
Deleteterima kasih kerana dropby.. Itulah kenangan pahit manis kita nanti. :)