Social Icons

Wednesday, 28 January 2015

Persaingan Biarlah Sihat

Bisnes online sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas waktu hujan. Menjual produk melalui online sudah menjadi kebiasaan dan ramai yang sudah arif untuk berurusan melaluinya. Kini, ramai yang sibuk menjual dan mendapatkan barangan terbaru serta yang cepat melekat dihati pembeli.

Perniagaan online sudah menjadi 'booming' dan kian menjadi perhatian terutamanya wanita yang suka menghabiskan waktu terluang membeli belah melalui online. Semakin hari, semakin ramai peniaga online yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan. Bukan setakat menawarkan produk dengan kata-kata jualan yang menyakinkan malah ramai juga menawarkan harga yang cukup murah. 

Baru-baru ini saya mendengar keluhan dari rakan-rakan lain yang berniaga secara online. Terdapat peniaga besar yang berniaga barangan yang sama tetapi menawarkan harga pasaran untuk loose item bersamaan dengan harga borong atau harga stokis. Punyalah terkejut teman tadi dan perasaannya untuk meneruskan bisnes onlinenya terus tawar dan semangat semakin menghilang.

Dimata saya, biasalah perniagaan sememangnya persaingan sangat sengit. Perniagaan bagaikan medan peperangan, siapa kuat akan menang. Siapa cepat akan menang. Siapa pandai akan menang. 

Bila difikirkan balik, timbul rasa kasihan mendengar nasib mereka. Mereka ini hanyalah peniaga kecil-kecilan dan sebahagian dari mereka juga adalah suri rumah seperti saya. Jika berniagapun, untung bukannya banyak tak sampai 50% pun ada. Bayangkan penat lelah semuanya sia-sia. Ada yang berhabisan 'mengorek tabung' untuk perbelanjaan modal. Dengan tujuan untuk berniaga serta meringankan beban suami.  Stok yang tertinggal mungkin akan ditumbuhi kulat tiba masanya nanti.

Selalu dinasihatkan juga jangan putus asa apabila berniaga. Anggaplah kegagalan sebagai pengajaran dimasa akan datang.

Sememangnya kata-kata tersebut sentiasa betul dan menjadi panduan untuk semua peniaga akan tetapi tersangat jarang pula mendengar sebaliknya. Seperti contoh, dalam perniagaan jangan sesekali kita menjatuhkan perniagaan orang dengan memonopolikan perniagaan. 

Memonopolikan perniagaan dikalangan peniaga amat merungsingkan. Tiada lagi persaingan sihat. Peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar dan kerugian yang ditanggung amat dirasai mereka. Peniaga yang sepatutnya bertindak sebagai pemborong dan pendorong kepada peniaga kecil-kecilan amat mengecewakan. Mereka pula cuba monopoli pasaran dengan menjual produk yang sama kualiti dan kuantiti dengan harga yang tersangat murah untuk 'harga pasaran'nya. 

Maksudnya, loose/single item dijual dengan harga terlalu rendah bersamaan dengan harga borong atau stokis. Di alam maya, posting yang sentiasa berselisih satu sama lain menjadi perbandingan yang cepat dan pastinya pembeli akan menyisih peniaga-peniaga melalui bandingan harga, bukankah begitu? Sangat mudah kan?

Bagi saya, tiada bezanya dari segi keuntungan jika peniaga besar ini menjual harga borong dan stokis kepada peniaga kecil-kecilan atau 'end user' dengan menetapkan kuota atau jumlah pembelian minimum yang sepatutnya. 

Cuma bezanya untuk kes seperti di atas peniaga berkenaan akan memonopolikan semua pembeli termasuk 'end user' dengan jualan loose atau single.  Seperti yang saya katakan tadi, jangan ditanya akan kehendak 'end user' kerana yang pastinya mereka tetap mencari harga yang murah untuk satu unit barang. Soalannya, mana tinggalnya baki 'end user' untuk peniaga-peniaga lain nanti? 

Pada pendapat saya, cara monopoli pasaran seperti di atas boleh menjatuhkan perniagaan orang lain secara tidak langsung. Bukan setakat itu saja, ia juga boleh boleh menjatuhkan 'standard' produk itu sendiri menjadikannya tiada lagi keistimewaan dimata pembeli atau prospek. Tidak mustahil barangan tersebut akan menjadi lebih cepat 'outdated' dan tiada lagi keistimewaan dalam masa terdekat. 

Mungkin disaat diriku merapu di sini pembaca tersenyum tetapi ada insan lain yang menangis dan tidak tidur di rumah. Adakah anda diantara peniaga kecil-kecilan itu? Ataupun anda juga diantara yang sedang ingin monopoli bisnes tersebut. Persaingan biarlah sihat, nescaya perniagaan akan berkekalan dan mendapat berkat. 

Sekadar pandanganku sahaja dan fikir-fikirkanlah. Why don't we share the slice of cakes?

Sunday, 11 January 2015

Derma Untuk Mangsa Banjir di Pantai Timur

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Musibah banjir yang berlaku di Negeri Pantai Timur betul-betul menyentuh perasaan. Ku hanya mampu mengungkapkan kata-kata di sini tetapi mereka di sana lebih lagi merasai penderitaannya.
Kelmarin, kami beramai-ramai membuat kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir berlangsung di Parkcity Shopping Mall Bintulu Sarawak. Anjuran oleh pihak pengurusan bersama dengan persatuan-persatuan dan kelab seperti BPOC dan sebagainya.  Kami pula hanyalah supporting team yang turut menyumbangkan sedikit tenaga sahaja. Syukurlah, semuanya berjalan dengan lancar dan jutaan terima kasih kepada penderma-penderma dari pelbagai kaum yang berada di dalam pusat membeli belah tersebut. Hanya Tuhan yang akan membalas budi kalian.
Selain itu, Bintulu Buskers juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta membuat persembahan untuk program kutipan derma ini.
Diharapkan dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Pantai Timur. Diharapkan juga semoga semuanya pulih seperti sediakala dan bersabarlah dengan cabaran dan ujian dari Tuhan. We pray for you.

Thursday, 8 January 2015

Free Pattern - Alas Meja dan Alas Sofa




Koleksi Crochet Ibu

Setiap kali waktu perayaan, terasa janggal jika rumah tidak dihiasi dengan hiasan crochet untuk alas meja dan juga sofa. Jangan dipandang rendah akan ketahanan crochet kerana ia mampu bertahan berpuluh tahun jika dijaga dengan sebaiknya. Pastikan ianya sentiasa disimpan dalam keadaan kering dan jikalau dicuci hendaklah dengan cucian yang lembut. Inilah sebahagian koleksi crochet ibu saya yang berusia hampir 30 tahun. Saya akan simpan crochet ini sebaik mungkin dan ia adalah sebahagian dari harta keluarga.
 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1