Social Icons

Tips Mudah

 Hilangkan hanyir ikan
Selalunya ramai yang memberi petua hilangkan hanyir ikan dengan rendaman air asam jawa ataupun dilumur dengan serai dan asam jawa.  Apa kata anda cuba petua saya ini, ramaskan ikan dengan limau nipis dan biarkan sebentar (agak-agak lebih dari 1/2 jam, terpulang dengan anda).  Lepas itu, cuci dengan air bersih dan tos.  Bukan setakat hilangkan hanyir tetapi ikan anda berbau wangi dan ranggup jikalau digoreng.  Selamat mencuba!
Lebihan roti/bread
Kadang-kadang saya terlupa tarikh luput roti/bread dan bila dah nak dekat tarikh luput baru sedar roti masih ada lebih lagi. Dah tak sempat untuk dimakan habis.  Sangat sayang jikalau hendak dibuang.  Cuba tips saya ini, lebihan roti/bread tadi anda boleh panggangkannya di dalam oven, set api atas dan bawah, 150 darjah celcius, selama 10 - 15 minit. Roti tadi akan menjadi keras dan bolehlah disimpan di dalam balang kedap udara.  Sangat sesuai dimakan bersama sup krim cendawan atau sup krim ayam. Selamat mencuba!

Sup krim ala hotel 5 bintang
Bagi yang mengemari sup krim ayam atau cendawan pastinya ada membeli paket sup krim segera dari pasar raya. Begitu juga saya yang suka mengambil jalan mudah tetapi akhirnya rasa sup tersebut tidak seperti yang kita mahukan.  Anda mungkin boleh cuba tips saya ini. 
Satu paket serbuk sup krim kita campurkan dengan segelas susu berkrim ataupun kurang lemak/low fat ke dalam periuk kecil.  Tambahkan sedikit keju yang dihiris kecil-kecil mengikut kesukaan masing-masing tetapi jangan pula terlalu banyak.  Selepas itu, letakkan di atas api paling kecil dan kacau sup tersebut sehingga pekat dan keju hancur bersama sup.  Proses ini mungkin mengambil masa 5 - 1o minit. Bolehlah dimakan bersama bread/roti yang dipanggang.  Sangat sedap untuk dicuba kerana rasanya bagai sup krim ala hotel 5 bintang.  Selamat mencuba!

Sistem filing/dokumentasi sistematik di rumah
Saya percaya ramai suri rumah yang sangat mengabaikan benda-benda seperti ini kerana mereka ingat ia sangat mudah ditangani ataupun ia bukan kepentingan bagi mereka. Bagi mereka, kerja-kerja begini hanya untuk mereka yang bekerja di pejabat sahaja.

Tidak salah jika hendak mengabaikan kerja ini kerana anda anggap kebanyakkan surat menyurat lebih menuju kepada suami anda.  Tetapi, pernahkah anda berfikir cara ini sangat-sangat membantu anda dan suami anda terutamanya bila melibatkan dokumen-dokumen yang sangat penting. 

Cuba anda fikir sejenak, di mana anda simpan warranty card cerek elektrik yang anda beli 11 bulan yang lepas?  Anda perlukan warranty card tersebut kerana cerek anda rosak sekarang dan polisi warranty adalah tukar baru jikalau rosak dalam tempoh 12 bulan.
Kalau anda kurang mahir dengan sistem filing ini, anda boleh mulakan dengan dengan cara yang paling mudah.  Bagi mereka mahir, anda boleh buat dokumentasi mengikut cara anda. Sila isi ruang komen di bawah jika kurang faham dengan tips ini.





*Sila kongsikan tips anda dan saya akan paparkan bersama nama anda di laman ini.





No comments:

Post a Comment

 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1