Social Icons

Monday 11 November 2013

Anda Terlalu Sibuk Dan Mula Lupa Dengan Sahabat?


Bilakah kali terakhir anda berjumpa dan berbual-bual dengan sahabat anda? Adakah alasan anda terlalu sibuk dengan kerja ataupun sibuk menjaga rumahtangga sehingga anda tiada masa terluang untuk kawan-kawan anda? 
Ramai di antara kita hari ini begitu sibuk sehingga tiada masa terluang untuk sahabat. Bagi suri rumah kesibukkan untuk menjaga rumahtangga adalah sangat penting berbanding sahabat.  Manakala, orang yang berkerjaya akan sibuk dengan kerja sehingga pulang lewat demi untuk menyiapkan tugas yang berlambak.  
Hubungan persahabatan akan mengambil masa untuk dibina dan untuk mendapatkan kepercayaan antara persahabatan didapati dalam satu malam.  Jika anda berasa anda tidak mempunyai cukup sahabat dalam kehidupan anda, itu adalah salah satu sebab anda membiarkan diri anda terlalu sibuk.

Untuk mengekalkan persahabatan kita juga perlu memberi komitmen dan juga usaha. Ramai antara kita, membiarkan hidup kita menjadi terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk berseronok bersama teman dan saudara mara. Cuba anda fikir ke mana anda akan luahkan sekiranya ada krisis? Masih bolehkan anda meluahkan perasaan dengan sahabat-sahabat anda?

Jika sebab utama anda  tidak dapat bersama sahabat kerana terlalu sibuk, mari kita lihat pula bagaimana anda menghabiskan masa untuk diri anda sendiri.  Adakah gaya hidup sibuk anda benar-benar membawa kehidupan yang lebih berkualiti seperti yang anda mahukan? Adakah ia berbaloi? Cuba fikirkan sendiri.  Jadi, berusahalah menghubungi sahabat anda sekerap mungkin dan mengetahui perkembangan mereka. 

Untuk Si Suami pula, anda kena memberi ruang untuk isteri anda sekali sekala bersosial berlibur bersama sahabat mereka. Menganjurkan hari keluarga bersama teman juga amat boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan setiap keluarga sahabat anda.

Sahabat yang yang baik akan meninggalkan ruang di hati anda dan begitu juga sebaliknya termasuk anda sendiri.

No comments:

Post a Comment

 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1