Social Icons

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, 28 January 2015

Persaingan Biarlah Sihat

Bisnes online sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas waktu hujan. Menjual produk melalui online sudah menjadi kebiasaan dan ramai yang sudah arif untuk berurusan melaluinya. Kini, ramai yang sibuk menjual dan mendapatkan barangan terbaru serta yang cepat melekat dihati pembeli.

Perniagaan online sudah menjadi 'booming' dan kian menjadi perhatian terutamanya wanita yang suka menghabiskan waktu terluang membeli belah melalui online. Semakin hari, semakin ramai peniaga online yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan. Bukan setakat menawarkan produk dengan kata-kata jualan yang menyakinkan malah ramai juga menawarkan harga yang cukup murah. 

Baru-baru ini saya mendengar keluhan dari rakan-rakan lain yang berniaga secara online. Terdapat peniaga besar yang berniaga barangan yang sama tetapi menawarkan harga pasaran untuk loose item bersamaan dengan harga borong atau harga stokis. Punyalah terkejut teman tadi dan perasaannya untuk meneruskan bisnes onlinenya terus tawar dan semangat semakin menghilang.

Dimata saya, biasalah perniagaan sememangnya persaingan sangat sengit. Perniagaan bagaikan medan peperangan, siapa kuat akan menang. Siapa cepat akan menang. Siapa pandai akan menang. 

Bila difikirkan balik, timbul rasa kasihan mendengar nasib mereka. Mereka ini hanyalah peniaga kecil-kecilan dan sebahagian dari mereka juga adalah suri rumah seperti saya. Jika berniagapun, untung bukannya banyak tak sampai 50% pun ada. Bayangkan penat lelah semuanya sia-sia. Ada yang berhabisan 'mengorek tabung' untuk perbelanjaan modal. Dengan tujuan untuk berniaga serta meringankan beban suami.  Stok yang tertinggal mungkin akan ditumbuhi kulat tiba masanya nanti.

Selalu dinasihatkan juga jangan putus asa apabila berniaga. Anggaplah kegagalan sebagai pengajaran dimasa akan datang.

Sememangnya kata-kata tersebut sentiasa betul dan menjadi panduan untuk semua peniaga akan tetapi tersangat jarang pula mendengar sebaliknya. Seperti contoh, dalam perniagaan jangan sesekali kita menjatuhkan perniagaan orang dengan memonopolikan perniagaan. 

Memonopolikan perniagaan dikalangan peniaga amat merungsingkan. Tiada lagi persaingan sihat. Peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar dan kerugian yang ditanggung amat dirasai mereka. Peniaga yang sepatutnya bertindak sebagai pemborong dan pendorong kepada peniaga kecil-kecilan amat mengecewakan. Mereka pula cuba monopoli pasaran dengan menjual produk yang sama kualiti dan kuantiti dengan harga yang tersangat murah untuk 'harga pasaran'nya. 

Maksudnya, loose/single item dijual dengan harga terlalu rendah bersamaan dengan harga borong atau stokis. Di alam maya, posting yang sentiasa berselisih satu sama lain menjadi perbandingan yang cepat dan pastinya pembeli akan menyisih peniaga-peniaga melalui bandingan harga, bukankah begitu? Sangat mudah kan?

Bagi saya, tiada bezanya dari segi keuntungan jika peniaga besar ini menjual harga borong dan stokis kepada peniaga kecil-kecilan atau 'end user' dengan menetapkan kuota atau jumlah pembelian minimum yang sepatutnya. 

Cuma bezanya untuk kes seperti di atas peniaga berkenaan akan memonopolikan semua pembeli termasuk 'end user' dengan jualan loose atau single.  Seperti yang saya katakan tadi, jangan ditanya akan kehendak 'end user' kerana yang pastinya mereka tetap mencari harga yang murah untuk satu unit barang. Soalannya, mana tinggalnya baki 'end user' untuk peniaga-peniaga lain nanti? 

Pada pendapat saya, cara monopoli pasaran seperti di atas boleh menjatuhkan perniagaan orang lain secara tidak langsung. Bukan setakat itu saja, ia juga boleh boleh menjatuhkan 'standard' produk itu sendiri menjadikannya tiada lagi keistimewaan dimata pembeli atau prospek. Tidak mustahil barangan tersebut akan menjadi lebih cepat 'outdated' dan tiada lagi keistimewaan dalam masa terdekat. 

Mungkin disaat diriku merapu di sini pembaca tersenyum tetapi ada insan lain yang menangis dan tidak tidur di rumah. Adakah anda diantara peniaga kecil-kecilan itu? Ataupun anda juga diantara yang sedang ingin monopoli bisnes tersebut. Persaingan biarlah sihat, nescaya perniagaan akan berkekalan dan mendapat berkat. 

Sekadar pandanganku sahaja dan fikir-fikirkanlah. Why don't we share the slice of cakes?

Monday, 11 November 2013

Hobi Boleh Jana Pendapatan

Tahukah anda, hobi yang anda lakukan setiap hari di rumah boleh menjadi menjana pendapatan sampingan? Sekiranya anda mahir menenun, menganyam, mengait, menjahit, menulis artikel pendek, penulis cerita atau sebagainya, sebagai suri rumah pernah ke tidak anda terfikir bagaimana hendak menjana pendapatan dari kemahiran anda.  

Hobi anda boleh menjadi salah satu peluang perniagaan untuk menghasilkan pendapatan sampingan.


Ramai wanita di luar sana yang berstatus suri rumah mempunyai kemahiran yang amat luar biasa.  Ada yang pandai menenun, ada yang pandai membuat pua kumbu dan banyak lagi seni rakyat yang anak-anak muda sekarang tidak endahkan.   
 
Ketika anak tidur ataupun ketika bersama keluarga diwaktu terluang, mereka mula menganyam atau mengait dan sebagainya tetapi itu hanyalah hobi.  Hobi untuk memuaskan hati sendiri.  Tetapi bagaimana barang hasil anyaman anda yang sudah terlebih dan tidak tahu nak simpan di mana. Pernahkah anda terfikir untuk menjual dan menghasilkan pendapatan sampingan?

 
Menjadikan hobi kegemaran anda ke dalam perniagaan yang menguntungkan tidak begitu sukar seperti yang anda fikirkan . 


Pertama sekali kena berfikiran positif. Inilah aset yang paling penting sebelum memulakan sesuatu dan sikaplah yang akan menentukan kejayaan anda. Jika anda ingin meneruskan impian anda dan mahu ia menjadi realiti, anda mesti mempunyai sikap positif serta kesanggupan untuk melakukannya.   Sebagai suri rumah yang sentiasa sibuk sememangnya akan ada halangan dan janganlah berputus asa. Anda memang boleh melakukannya.
 

Keduanya, anda penentu segala-galanya untuk berjaya.  Tiada jalan mudah untuk berjaya dan sememangnya akan ada masalah di pertengahan jalan anda nanti.  Usaha dan usaha lagi.


Ketiga, beritahu kami apa produk anda jual. Untuk menjana pendapatan sampingan dengan lebih efektif, anda kenalah memberitahu semua orang apa yang anda jual sama ada ia barangan ataupun perkhidmatan. Jika tidak, orang tidak akan tahu walaupun ada kehendak dari pasaran.  Anda boleh memilih cara konvensional ataupun secara online. Maklumat pemasaran boleh didapati dengan mudah melalui internet.


Keempat, pilih saluran yang betul.  Sekiranya anda sudah mengambil keputusan untuk memilih cara yang anda sendiri mahu untuk memasarkan barang anda, pastikan ianya saluran yang betul.  Kajian boleh dilakukan sebelum anda memasarkan barangan anda.


Strategi pemasaran kena ada.  Anda kena tahu dengan siapa anda nak jual produk anda.  Ia bagi mengurangkan masa anda untuk tidak mensasarkan golongan yang salah.


Terakhir sekali, mesti bersikap jujur selalu.  Barang yang anda jual kenalah berkualiti dan mesti sentiasa menetapi janji sekiranya  anda sudah memberi janji dengan pelanggan anda seperti contoh tempoh penghantaran atau syarat-syarat pengembalian sekiranya rosak di dalam perjalanan dan sebagainya.

Selamat maju jaya diucapkan...

Anda mungkin berminat dengan yang ini :-
- Anyam kraftangan rotan sendiri dengan modal yang rendah bagi mengisi masa lapang supaya anda dapat meraih pendapatan tambahan hanya dengan menjual produk berasaskan rotan! ebook Panduan menganyam




Sunday, 10 November 2013

Tips Untuk Merancang Sebuah Acara/Event


Bekas rakan-rakan sekerja saya dulu selalu bertanya bagaimana tip-tip untuk menjadikan sebuah acara/event itu berjaya atau sukses.  Mari kita lihat tip yang sangat – sangat mudah untuk dilakukan dan inilah formula yang akan saya kongsikan kepada anda.
  
1. OBJEKTIF. Semestinya sebuah acara/event mesti ada objektif atau hala tujuannya. Ingat, objektif adalah amat-amat penting supaya kita tahu apa langkah seterusnya dan kita tidak lari dari landasan sebenar. 

2. FIKIR SECARA TERBALIK. Tips yang kedua adalah amat-amat saya tekankan dan amat saya amalkan.  Ini adalah RAHSIA SUKSES jika mahu sebuah event/acara anda berjaya. Kita kena berfikir secara terbalik...mungkin anda kurang faham di sini. Berfikir secara terbalik maksud saya adalah, anda kena berfikir sebagai peserta/audience.  Tidak salah mendengar pendapat dari Boss atau rakan sejawat lain tapi apa yang penting di sini adalah kepuasan di muka peserta/audience dan pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan. Betul bukan?
  • Sebagai contoh, apa yang anda expect apabila anda mahu menghadiri sebuah acara/event tersebut? Saya memberi contoh di sini, mungkin program “Team Building for Hospital staff. 
  • Sebagai peserta, apa anda mahu program untuk team building nanti?  Mungkin anda mahu program tersebut lebih santai dan tidak memberi tekanan kerana selalunya team building program akan meminta peserta mereka untuk “crack their head” mencari idea-idea untuk sesuatu tugasan. (bagi saya, cukuplah tertekan sewaktu bekerja kerana jika kita teruskan juga ia tak akan fit the purpose/objektif – semua orang akan marah-marah dan ketidakpuasan hati pula akan timbul). 
3. RANCANG ACARA AWAL-AWAL.  Adalah sesuatu yang mustahil kalau acara dirancang seminggu sebelum atau paling lama 2 minggu.  Kalau betul ia terjadi, cuba anda fikirkan balik hasilnya.  Jadi, kena buat perancangan seawal yang mungkin seperti contoh  sebulan atau dua bulan untuk acara kecil dan tiga ke lima bulan untuk acara besar-besaran.
 
4. SENARAI PERBELANJAAN.  Buat senarai perbelanjaan dan hantarkan kepada Boss untuk kelulusan.  Jangan lupa untuk masukkan perbelanjaan diluar dugaan/miscellenious.
 
5. PROJECT DIARY DAN CHECKLIST mesti ada.  Project Diary adalah bertujuan untuk keep track tugasan yang sebelumnya dan checklist pula akan membantu anda sebagai peringatan.  Jangan peningkan kepala di sini. Buat seringkas yang boleh dan mengikut kefahaman anda sendiri seperti contoh, sediakan satu folder atau fail khusus untuk projek tersebut sahaja. Saya pasti anda tidak akan tersesat atau pening kepala.
 
6. Senaraikan tugas untuk pasukan anda serta tarikh akhir tugas perlu disiapkan. Anda kena follow-up tugasan tersebut dengan pasukan anda untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik(sebelum acara)
 
7. Senarai tugas (semasa acara)
 
8. PROMOSI. Hebatkan bahagian sosial anda untuk mempromosikan acara tersebut seperti contoh facebook, email blasting, surat khabar dan sebagainya. Anda boleh senaraikan cara-cara bagaimana anda mahu mempromosikan acara tersebut dan bagaimana cara yang sesuai untuk menyampaikan berita tersebut kepada target audience anda.
 
9. PLAN B  kena ada. Rancangkan plan B juga bagi menangani sekiranya rancangan utama ada masalah dan bagi mengelak sekiranya ada kejadian yang tidak diigini.
 
10. Lakukan “Go through exercise” 2 minggu sebelum acara. Jangan mengabaikan perkara ini kerana anda pasti akan terkejut nanti kerana banyak lagi kerja-kerja yang belum siap rupa-rupanya.
 
11. AMBIL GAMBAR SEBANYAK MUNGKIN. Gambar dapat menjelaskan segala-galanya. Gambar yang diambil boleh meliputi sebelum, semasa dan selepas acara.  Anda boleh melantik jurugambar sama ada rakan setugas ataupun jurugambar upahan. Saya pasti Boss akan lebih berpuas hati jika laporan disertakan gambar.


12. FEEDBACK FORM/BORANG MAKLUMBALAS.  Sertakan acara anda dengan feedback form/borang maklumbalas. Ini adalah penting bagi mendapatkan maklumbalas dari semua peserta dan bertujuan untuk penambahbaikan dimasa akan datang.  
 
13. HANTAR LAPORAN/RECAP SECEPAT MUNGKIN. Lagi cepat anda hantar laporan atau hasil usaha anda kepada boss lagi cepat anda menarik nafas lega.  Adalah perkara biasa kerana Boss kena tahu result acara anda secepat mungkin. 
 
14. KONGSIKAN GAMBAR bersama rakan-rakan di organisasi anda supaya mereka juga dapat merasai pengalaman tersebut dan menjadi sebahagian dari pasukan anda.


15. POST-MORTEM boleh dilakukan untuk penambahbaikan.
 
16. Akhir sekali, jangan lupa BERTERIMA KASIH.  Ini adalah perkara yang sangat-sangat menyentuh perasaan.  Tiada kata-kata lain seindah TERIMA KASIH.  Terima kasih ataupun penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak.


17. Tips ini adalah untuk perkongsian sahaja dan melalui pengalaman sewaktu saya bertugas dahulu.  Anda berhak untuk membuat kajian dan mengikut cara masing-masing.  Semoga berjaya saya ucapkan dan akhir sekali, “the more we give the more we get”.

Saturday, 2 November 2013

Suri Rumah Juga Boleh Berkerjaya



Tiada yang mustahil pada zaman sekarang kerana suri rumah hari ini tidak senang jika duduk diam dan selalunya membuat pilihan untuk membuat kerja sambilan di rumah.  

Bagaimana hendak mencari kerja sambilan ketika berada di rumah bersama si manja akan dikongsikan di sini. Tidak kira apa jua cara tetapi pada abad yang ke-21 dan dengan bantuan siber, semua akan menjadi nyata.  Perkongsian maklumat di sini amatlah digalakkan kerana saya percaya "The more we give, the more we get". 

Bagi mereka yang terfikir untuk menjana wang sendiri dari rumah dan mencari kerja sambilan apatah lagi secara online, inilah laman untuk anda.  Melayari laman-laman ini akan membawa anda menjelajah idea bagaimana hendak memulakan kerja sambilan yang sah dan tidak rugi jikalau mahu tahu. 
 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1