Social Icons

Hobi

Bila menyebut hobi, perrnah juga saya terfikir masa sendiri untuk hobi.  Benar-benar wujudkah masa untuk hobi? Kenapa tidak? Hobi boleh dilakukan tatkala anak kecil sedang tidur seperti menjahit, mengait, menulis cerita atau sebagainya.  Hobi mungkin juga boleh menjana wang seperti contoh mengait, menulis cerita ataupun blogging.  Malangnya saya kerana tidak mempunyai kemahiran menjahit atau membuat baju dan saya amat tidak mengalakkan sekiranya anda berniat untuk menempah apa-apa hasil jahitan saya.  

Walaubagaimanapun, saya telah membeli mesin jahit demi untuk belajar menjahit. Ia amat mudah digunakan kerana arahan di dalam buku manual sangat ringkas dan senang difahami.












 

Inilah mesin jahit yang telah saya beli. Sangat mudah digunakan walaupun untuk mereka yang baru belajar menjahit.  Bukan itu sahaja, semua menjadi mudah kerana alat gantian senang untuk dicari kemudian hari.

BELAJAR MENJAHIT
Bila mesin jahit sudah ada, bermacam-macam idea yang timbul untuk projek menjahit.  Ada rasa nak buat baju tidur, ada pula nak buat jumpsuit, nak buat itu, nak buat ini.  Lepas ini bolehlah menjual barang-barang hasil jahitan saya kalau tak melalui online mungkin juga melalui pameran.  Inilah masalahnya bila menjadi Minah Jenin, penuh dengan angan-angan kosong.  Sekali lagi tak menjadi.

Kerja-kerja menjahit atau membuat baju bukanlah semudah yang disangka.  Ia benar-benar perlukan kemahiran dan memerlukan banyak latihan.  Tetapi untuk pattern yang mudah seperti seluar atau skirt ringkas, ia amat senang untuk dilakukan.

Kebanyakkan saya membuat projek senang dan ringkas melalui rujukan di laman web ini : sila klik di sini TUTORIAL : Make your own pattern Ia sangat sesuai untuk orang yang baru belajar seperti saya.  Walaubagaimanpun, banyak laman web yang menawarkan tutorial mudah menjahit dan ia amat sesuai untuk amatur seperti saya ini. 

Salah satu projek yang senang untuk menjahit adalah seluar tidur dan cara-caranya seperti di bawah.

1. Potong kertas contoh mengikut mana-mana pattern seluar yang anda kehendaki.  Mana-mana kertaspun boleh digunakan sebagai contoh.










2. Lipat kain kepada dua dan potong kain tersebut mengikut kertas contoh.  Pastikan bahagian kain yang bersambung tidak dipotong.  Buat untuk 2 helai kain.








3. Lepas itu, buka kain yang dilipat dan dipotong tadi sehingga menjadi seperti gambar yang di bawah. Satukan 2 helaikan kain tersebut dan jahit pada bahagian seperti yang dibulatkan dibawah.  Pastikan kain tidak terbalik sebelum anda menjahitnya.
















Jahitlah seluar seperti biasa.

Jangan lupa untuk menjahit whipstich seperti ini di setiap penhujung kain yang terdedah supaya kain tidak teruai.  Oleh kerana mesin jahit saya ini agak asas, jadi saya menggunakan pattern yang terdapat di mesin jahit.


 4. Kemudian, buka lipatan kain sehingga ia menjadi seperti di dalam gambar dan lepas tu jahit pula di tempat yang telah ditandakan dalam bulatan biru.

























5. Pasangkan getah seluar mengikut sukatan yang dikehendaki dan jangan lupa jahitan kelepet di hujung seluar.










Inilah hasilnya. Sangat mudah bukan? Ia sangat sesuai digunakan untuk waktu tidur.  Selamat mencuba.




















* Anda ada idea untuk dikongsikan bersama?  Sila hantarkan URL atau laman web anda kepada saya dan saya akan paparkan untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca.










No comments:

Post a Comment

 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1