Social Icons

Saturday 2 November 2013

Cerita Saya..Adakah Anda Sama Juga?



SURAT LETAK JAWATAN  
Surat perletakkan jawatan sudah berada di atas meja Boss dan dia sudahpun memasuki bilik pejabat di mana jam sudah menunjukkan jam 8:30 pagi.  Begitulah Boss kami, yang sentiasa datang awal dan tepat masa bila masuk kerja.  Tidakkah dia merasa tertekan setiap kali datang bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran yang akan datang seperti contoh menerima surat perletakkan jawatan daripada saya yang sememangnya seorang pekerja yang rajin dan passionate dengan tugas.  Ya, sememangnya saya tidak malu untuk mengakui sifat-sifat ini yang pastinya benar belaka.  Tetapi, adakah Boss berfikiran sama seperti saya? Atau mungkinkah dia berkata. "Tidak mengapa kerana ramai lagi yang di luar sana yang dapat mengisi kekosongan jawatan saya." MUNGKIN....

Hati ini sudah membatu dan bertekad walaupun ribut dan hujan datang menghalang, tiada yang dapat mengubah keputusan.  Tergiang-giang di dalam telinga tangisan anak kecil yang sedang saya tinggalkan bersendirian bersama Baby sitter seharian...terlalu banyak cerita dan berita yang keluar dalam TV memaparkan pengasuh mendera anak majikan. Pengasuh itu, pengasuh ini.  Meremang bulu tengkuk bila mengingati cerita begini dan sesak nafas dibuatnya.  Hendak mengupah rumah asuhanpun dah tak sanggup lagi.  Bukan semuanya tak bagus tetapi perasaan risau masih lagi tidak dapat dibendung.   
Tidak dapat dipersoalkan lagi kerana keputusan yang telah dibuat adalah untuk Si Manja dan saya amat pasti ia adalah keputusan yang betul.  Ia sepatutnya telah sudah lama berlaku.

Adakah anda mempunyai cerita yang sama seperti saya?

TITIK NOKTAH
Amat diakui perasaan dilema setelah berhenti kerja sememangnya timbul.  Ketakutan untuk menerima hakikat tidak mempunyai wang sendiri adalah sebab utama.  Keduanya, akan hidup kesunyian tanpa ada kawan-kawan sepertimana waktu berkerja dahulu.  Ketiganya, akan kehilangan keyakinan diri atau self-esteem.  Semua perkara ini bermain-main di fikiran sejurus selepas berhenti kerja.

LANGIT TIADA BATASAN
Lama-kelamaan saya mula jelak dengan perasaan yang sempit dan negatif dilema berhenti kerja.  Ia betul-betul tidak membantu.  Apa kata tanamkan impian dan biarkan ia tumbuh mencapai langit yang tiada batasan.  Tiada yang mustahil dan begitu juga anda.

SURI RUMAH ADALAH KERJAYA
Wanita selalu dikaitkan dengan pepatah "Walau setinggi manapun sekolah, ke dapur jua wanita akan pergi".   Saya tidak mahu menafikan kebenarannya kerana ia benar-benar berlaku pada diri saya sendiri.  Dipendekkan cerita, menjadi seorang suri rumah tidaklah semudah seperti yang disangkakan.  Kerja-kerja di rumah bagaikan tiada kesudahannya.  Ia tak jauh ubahnya waktu-waktu bekerja dahulu, siap satu datang lagi satu. Bagaikan sudah diset tak ubah seperti"Job Descriptions/Job Scope" untuk rutin harian.  Itulah suri rumah, betul-betul berkerja dan ia adalah satu kerjaya mencabar. 

Walaupun begitu, wanita sememangnya dilahirkan penuh keunikkan.  Kita seharusnya bangga kerana wanita dapat menggunakan fikirannya untuk multi task. Malah wanita dapat berfikir banyak perkara dalam satu masa. Mungkin anda tidak percaya dengan kenyataan ini.  Saya amat mengalakkan anda untuk mencubanya.

Sambil anda membaca blog ini fikiran anda akan melayang bagaimana hendak menjana wang sendiri dengan kerja sambilan dan apa nak buat petang nanti.  Itulah keunikan anda sebagai wanita yang saya katakan tadi dan laman ini sangat sesuai untuk anda.




* Para wanita di luar sana yang ingin berkongsi pengalaman dan kejayaan masing-masing bersama teman-teman kita adalah amat dialu-alukan dengan menghantar blog url atau artikel anda ke sini.  Saya akan paparkan di column khas nanti.  Sebarlah kisah kejayaan anda untuk membantu mereka yang lain. Silakan pos di bahagian "Comment" seperti di bawah.



No comments:

Post a Comment

 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1