Baju atau kain yang sudah tidak digunakan lagi serta lusuh, mungkin masih lagi berguna. Jika hendak diderma, mungkin ia sudah tidak sesuai lagi kerana keadaan baju yang sudah lusuh benar. Terfikir untuk menjadikannya sebagai kain lap kaki tetapi biarlah ia nampak sempurna dan menarik. Bagi peminat crochet, Crochet rug sangat mudah. Gambar disertakan untuk rujukan. Crochet rug menggunakan kain atau baju lusuh ini boleh dikait mengikut corak kesukaan masing-masing sama ada bulat, segi empat, segi tiga dan sebagainya.
Showing posts with label Kerja-kerja sambilan. Show all posts
Showing posts with label Kerja-kerja sambilan. Show all posts
Monday, 2 March 2015
Wednesday, 28 January 2015
Persaingan Biarlah Sihat
Bisnes online sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas waktu hujan. Menjual produk melalui online sudah menjadi kebiasaan dan ramai yang sudah arif untuk berurusan melaluinya. Kini, ramai yang sibuk menjual dan mendapatkan barangan terbaru serta yang cepat melekat dihati pembeli.
Perniagaan online sudah menjadi 'booming' dan kian menjadi perhatian terutamanya wanita yang suka menghabiskan waktu terluang membeli belah melalui online. Semakin hari, semakin ramai peniaga online yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pelanggan. Bukan setakat menawarkan produk dengan kata-kata jualan yang menyakinkan malah ramai juga menawarkan harga yang cukup murah.
Baru-baru ini saya mendengar keluhan dari rakan-rakan lain yang berniaga secara online. Terdapat peniaga besar yang berniaga barangan yang sama tetapi menawarkan harga pasaran untuk loose item bersamaan dengan harga borong atau harga stokis. Punyalah terkejut teman tadi dan perasaannya untuk meneruskan bisnes onlinenya terus tawar dan semangat semakin menghilang.
Dimata saya, biasalah perniagaan sememangnya persaingan sangat sengit. Perniagaan bagaikan medan peperangan, siapa kuat akan menang. Siapa cepat akan menang. Siapa pandai akan menang.
Bila difikirkan balik, timbul rasa kasihan mendengar nasib mereka. Mereka ini hanyalah peniaga kecil-kecilan dan sebahagian dari mereka juga adalah suri rumah seperti saya. Jika berniagapun, untung bukannya banyak tak sampai 50% pun ada. Bayangkan penat lelah semuanya sia-sia. Ada yang berhabisan 'mengorek tabung' untuk perbelanjaan modal. Dengan tujuan untuk berniaga serta meringankan beban suami. Stok yang tertinggal mungkin akan ditumbuhi kulat tiba masanya nanti.
Selalu dinasihatkan juga jangan putus asa apabila berniaga. Anggaplah kegagalan sebagai pengajaran dimasa akan datang.
Sememangnya kata-kata tersebut sentiasa betul dan menjadi panduan untuk semua peniaga akan tetapi tersangat jarang pula mendengar sebaliknya. Seperti contoh, dalam perniagaan jangan sesekali kita menjatuhkan perniagaan orang dengan memonopolikan perniagaan.
Memonopolikan perniagaan dikalangan peniaga amat merungsingkan. Tiada lagi persaingan sihat. Peniaga-peniaga kecil terpaksa gulung tikar dan kerugian yang ditanggung amat dirasai mereka. Peniaga yang sepatutnya bertindak sebagai pemborong dan pendorong kepada peniaga kecil-kecilan amat mengecewakan. Mereka pula cuba monopoli pasaran dengan menjual produk yang sama kualiti dan kuantiti dengan harga yang tersangat murah untuk 'harga pasaran'nya.
Maksudnya, loose/single item dijual dengan harga terlalu rendah bersamaan dengan harga borong atau stokis. Di alam maya, posting yang sentiasa berselisih satu sama lain menjadi perbandingan yang cepat dan pastinya pembeli akan menyisih peniaga-peniaga melalui bandingan harga, bukankah begitu? Sangat mudah kan?
Maksudnya, loose/single item dijual dengan harga terlalu rendah bersamaan dengan harga borong atau stokis. Di alam maya, posting yang sentiasa berselisih satu sama lain menjadi perbandingan yang cepat dan pastinya pembeli akan menyisih peniaga-peniaga melalui bandingan harga, bukankah begitu? Sangat mudah kan?
Bagi saya, tiada bezanya dari segi keuntungan jika peniaga besar ini menjual harga borong dan stokis kepada peniaga kecil-kecilan atau 'end user' dengan menetapkan kuota atau jumlah pembelian minimum yang sepatutnya.
Cuma bezanya untuk kes seperti di atas peniaga berkenaan akan memonopolikan semua pembeli termasuk 'end user' dengan jualan loose atau single. Seperti yang saya katakan tadi, jangan ditanya akan kehendak 'end user' kerana yang pastinya mereka tetap mencari harga yang murah untuk satu unit barang. Soalannya, mana tinggalnya baki 'end user' untuk peniaga-peniaga lain nanti?
Pada pendapat saya, cara monopoli pasaran seperti di atas boleh menjatuhkan perniagaan orang lain secara tidak langsung. Bukan setakat itu saja, ia juga boleh boleh menjatuhkan 'standard' produk itu sendiri menjadikannya tiada lagi keistimewaan dimata pembeli atau prospek. Tidak mustahil barangan tersebut akan menjadi lebih cepat 'outdated' dan tiada lagi keistimewaan dalam masa terdekat.
Mungkin disaat diriku merapu di sini pembaca tersenyum tetapi ada insan lain yang menangis dan tidak tidur di rumah. Adakah anda diantara peniaga kecil-kecilan itu? Ataupun anda juga diantara yang sedang ingin monopoli bisnes tersebut. Persaingan biarlah sihat, nescaya perniagaan akan berkekalan dan mendapat berkat.
Sekadar pandanganku sahaja dan fikir-fikirkanlah. Why don't we share the slice of cakes?
Wednesday, 31 December 2014
Kisah Peniaga Jeruk dan Buah-Buahan Campur - Dengan Hanya bermodalkan RM30
Meliur-liur bila tengok gambar di atas. Campuran buah-buahan tempatan siap untuk diulam, terselit sebiji dua asam kelubi atau lebih dikenali sebagai asam payak di Sarawak. Bukan senang nak dapat buah asam payak ni, kena meredah hutan di tebingan sungai atau mana-mana hutan yang terdapatnya tumbuhan tersebut....
Suatu hari, saya terlihat posting gambar tersebut di dalam facebook mengenai buah-buahan campur dan rojak untuk dijual. Teringin juga nak merasa dan mengikut maklumat di facebook berkenaan, jualan ada di sekitar Promenade Waterfront Bintulu pada hujung minggu dan penghantaran percuma juga boleh dibuat pada hari-hari biasa.
Walaupun idea ini sudah lama dipraktikkan di tempat lain untuk populasi yang besar, tetapi nampak menarik pula untuk sebuah bandar yang kecil.
Cerita ini sangat memberi inspirasi kepada diriku untuk menulis di sini dan berkongsi cerita dengan kalian. Hati bagaikan dicuit untuk bertanya apakah kisah-kisah disebalik perniagaan jeruk dan buah-buahan yang dijalankan oleh seorang pemuda yang bernama Iss. Mana tidaknya, setiap kali lalu di depan booth jeruknya di Promenade Waterfront Bintulu, hasrat untuk berpatah balik dan membeli buah-buahan yang diidamkan tidak pernah kesampaian. Dengan kata lain..tak pernah sempat, orang lain dah tangkap.
Terima kasih kepada Iss kerana sudi berkongsi cerita dan pengalamannya tentang perniagaan jeruk serta buah-buahan sedia untuk dimakan ini. Mengikut kata Iss, idea ini timbul apabila pokok mangganya serta jiran di sebelah rumah berbuah dan mengeluarkan hasil yang banyak. Jika berlebihan, Iss akan sedekahkan kepada rakan-rakan dan saudara mara. Idea ini juga timbul apabila Iss merasakan ulaman buah mangga yang dicampurkan dengan asamboi ataupun sambal belacan sangat enak dan boleh menjadi sebahagian menu pembuka selera.
"Dari situlah idea untuk menjual jeruk dan buah-buahan segar ini timbul," katanya.
"Saya memulakan perniagaan ini dengan hanya bermodalkan RM30 sahaja. Itupun modal untuk membeli perkakas seperti kontena plastik untuk menyimpan buah, pisau pemotong, sedikit asamboi dan lainnya. Manakala, buah mangga saya petik dari pokok di halaman rumah sahaja."
"Syukur alhamdulillah, perniagaan saya ini berjalan dengan lancar sehingga sekarang. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang membeli dan memberi sokongan kepada perniagaan saya,"kata Iss.
Iss memulakan perniagaan jeruk dan buah-buahan segarnya pada bulan Mac 2014 secara kecil-kecilan. Dia juga menyatakan, pada mulanya aktiviti ini adalah untuk suka-suka sahaja dan juga untuk memenuhi masa lapangnya jika 'off' dari waktu kerja.
Pada waktu itu, dia menjual jeruk dan buah-buahan campur ini di sekitar bandaraya Miri dengan melakukan penghantaran percuma kepada pelanggan yang membeli. "Cash on delivery", begitulah konsepnya. Walaupun permintaan pelanggan tidaklah sebaik mana tetapi keseronokan menerima bayaran dari hasil jualan telah membangkitkan semangatnya untuk mencuba market di tempat lain pula.
Menceritakan pengalamannya sepanjang berniaga buah-buahan dan jeruk ini, Iss tidak terlepas dari bersemuka dan menemui pelanggan yang pelbagai ragam. Pernah juga rakannya yang berada di Kuala Lumpur membuat pesanan kerana terlalu mengidam jeruk dan buah-buahan ini. Ada juga pelanggan hendakkan 'special fruit' yang susah untuk dia tunaikan pada waktu itu. Sungguhpun begitu, dia amat gembira kerana ada sambutan yang mengalakkan dari pelanggan dan mereka tetap dihatinya.
Menceritakan pengalamannya sepanjang berniaga buah-buahan dan jeruk ini, Iss tidak terlepas dari bersemuka dan menemui pelanggan yang pelbagai ragam. Pernah juga rakannya yang berada di Kuala Lumpur membuat pesanan kerana terlalu mengidam jeruk dan buah-buahan ini. Ada juga pelanggan hendakkan 'special fruit' yang susah untuk dia tunaikan pada waktu itu. Sungguhpun begitu, dia amat gembira kerana ada sambutan yang mengalakkan dari pelanggan dan mereka tetap dihatinya.
"Signature dish saya adalah Mangga Asamboi Merah. Itulah resipi yang mula-mula saya perkenalkan kepada pelanggan. Selain itu, semuanya dilakukan secara berperingkat," ujarnya.

Kini, setiap pembelian buah-buahan akan disertakan bersama sambal cecah dimana pelanggan boleh memilih sendiri sambal sama ada pedas ataupun tidak.
Walaupun perniagaan ini dilakukan secara kecil-kecilan, Iss mengakui tidak menang tangan dan bernasib baik kerana rakannya Joseph telah membantu sekaligus menjadi rakan kongsinya.
Iss juga menjamin penyediaan jeruk dan buah-buahan campur ini adalah bersih dan halal. "kami amat menekankan tentang kebersihan. Setiap buah-buahan yang sudah dikopek dan dipotong akan kami cuci sebersihnya," katanya.
Perniagaan jeruk dan buah-buahan Iss dan Joseph kini semakin mendapat sambutan dikalangan warga setempat. Tanpa mempunyai kedai, mereka membuat secara kecil-kecilan dari rumah tetapi permintaannya sentiasa diluar jangkaan.
Mereka juga membuat penghantaran secara percuma kepada pelanggan sama ada yang menempah dari rumah mahupun dari pejabat. Malah, tempahan juga boleh dibuat secara online di fanpage Iss Fresh Fruit & Jeruk
Pada hujung minggu, mereka tidak melepaskan peluang untuk menjual jeruk dan buah-buahan campur mereka di Promenade Waterfront dengan menggunakan konsep car boot sale.
Jika tiada aral melintang, mereka bercadang untuk membuka kiosk jeruk dan buah-buahan campur mereka di sekitar Bintulu. "Buat masa sekarang semua tempat yang diinginkan tiada kekosongan dan kami masih lagi mencari tempat yang sesuai," kata Iss.
Cerita yang sangat memberi inspirasi walaupun mereka hanya peniaga kecil-kecilan. Semangat kena ada!! Terima kasih Iss kerana sudi berkongsi cerita dan saya ucapkan selamat maju jaya. Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit....
Thursday, 18 December 2014
Jana Wang Dari Rumah Tanpa Sebarang Modal Untuk Newbie - Affiliate & Dropship
Inilah antara kaedah perniagaan yang paling 'HOT' ketika ini dan penyelidikan demi penyelidikan dilakukan oleh mereka yang berminat hendak memulakan kerja dari rumah melalui program affiliate dan dropship semakin meningkat. Mana tidaknya, apabila headline seperti di atas menjadi tarikan dan susah mahu ditolak jika tidak dibaca sehingga habis..bukankah begitu?
Kepada Newbie/orang yang masih baru..
Kepada newbie yang ingin memahami program yang menarik ini kenalah faham dahulu maksud kedua-dua ini; affiiate & Dropship. Apabila ia sudah difahami maksudnya, maka anda akan menjadi lebih teruja untuk memulakan program ini.
Affiliate bermaksud : "Menjual dan memasarkan produk orang lain" dan anda akan mendapat komisen dari jualan tersebut. Di dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan produk tersebut sama ada dari laman blog anda, laman sosial seperti twitter atau facebook dan sebagainya. Anda akan diberi link affiliate anda dari website tersebut untuk anda promosikan. Tetapi sebelum itu, anda kena mendaftar terlebih dahulu serta verify email anda kemudian barulah dapat mempromosikan link affiliate tersebut.
Produk affiliate tersebut boleh jadi dalam bentuk software, barang fizikal, keahlian, tempahan hotel, newsletters registration atau sebagainya.
Banyak website yang menawarkan program affiliate dan ada juga di antara mereka menawarkan komisen sehingga 75% dari hasil jualan. Menarik bukan? Tidak rugi untuk memulakan kerja dari rumah dengan menyertai program affiliate.
Untuk menyertai program affiliate ini memerlukan tools dan usaha yang sangat ringkas serta mudah. Anda hanya perlukan laman web sendiri untuk memuatkan link affiliate ataupun laman sosial pun boleh digunapakai sekiranya ianya bersesuaian.
Dropship bermaksud : hampir sama juga maksudnya "Menjual dan memasarkan produk orang lain" dan mendapat komisyen atau untung sendiri dari jualan tersebut. TETAPI, secara praktikalnya adalah berlainan. Untuk program dropship, produk yang terlibat adalah dalam bentuk fizikal dan penghantaran akan dilakukan oleh syarikat atau individu yang menawarkan program tersebut. Anda hanya perlu mempromosikan produk tersebut di laman sosial ataupun secara offline (offline contohnya; menjual kepada rakan-rakan atau sanak saudara secara face to face dengan menunjukkan katalog produk tersebut)
Untuk dropship juga, sekiranya ada tempahan, anda akan membuat pembayaran harga dropship kepada penganjur serta memberikannya nama serta alamat pembeli. Penghantaran akan dilakukan penganjur dan pembeli tidak menyedari barangan tersebut adalah dari penganjur.
Untuk newbie dalam program dropship melalui facebook
Program dropship lebih mudah difahami melalui carta seperti di bawah:-
Kedua-dua idea ini amat sesuai untuk suri rumah yang ingin bekerja dari rumah dan tidak mempunyai sebarang modal untuk perniagaan. Daripada membuang masa melihat status di dalam fb, suri rumah boleh menjana wang sampingan jika masa dimanfaatkan dengan program sebegini sambil menjaga anak-anak...
Monday, 11 November 2013
Hobi Boleh Jana Pendapatan
Tahukah anda, hobi yang anda lakukan setiap hari di rumah
boleh menjadi menjana pendapatan sampingan? Sekiranya
anda mahir menenun, menganyam, mengait, menjahit, menulis artikel pendek, penulis cerita atau sebagainya, sebagai suri
rumah pernah ke tidak anda terfikir bagaimana hendak menjana pendapatan dari
kemahiran anda. Hobi anda boleh menjadi salah satu peluang perniagaan untuk menghasilkan pendapatan sampingan.
Ramai wanita di luar sana yang berstatus suri rumah
mempunyai kemahiran yang amat luar biasa.
Ada yang pandai menenun, ada yang pandai membuat pua kumbu dan banyak
lagi seni rakyat yang anak-anak muda sekarang tidak endahkan.
Ketika anak tidur ataupun ketika bersama
keluarga diwaktu terluang, mereka mula menganyam atau mengait dan
sebagainya tetapi itu hanyalah hobi.
Hobi untuk memuaskan hati sendiri.
Tetapi bagaimana barang hasil anyaman anda yang sudah terlebih dan tidak
tahu nak simpan di mana. Pernahkah anda terfikir untuk menjual dan menghasilkan pendapatan sampingan?
Menjadikan hobi kegemaran anda ke dalam
perniagaan yang menguntungkan tidak begitu sukar seperti yang anda fikirkan .
Pertama sekali kena berfikiran positif. Inilah aset yang paling penting sebelum
memulakan sesuatu dan sikaplah yang akan menentukan kejayaan anda. Jika anda ingin
meneruskan impian anda dan mahu ia menjadi realiti, anda mesti mempunyai sikap
positif serta kesanggupan untuk melakukannya. Sebagai suri rumah yang sentiasa sibuk sememangnya akan ada halangan dan janganlah berputus asa. Anda memang boleh melakukannya.
Keduanya, anda penentu segala-galanya untuk berjaya. Tiada jalan mudah untuk berjaya dan
sememangnya akan ada masalah di pertengahan jalan anda nanti. Usaha dan usaha lagi.
Ketiga, beritahu kami apa produk anda jual. Untuk menjana pendapatan sampingan dengan lebih efektif, anda kenalah
memberitahu semua orang apa yang anda jual sama ada ia barangan ataupun
perkhidmatan. Jika tidak, orang tidak akan tahu walaupun ada kehendak dari pasaran. Anda boleh memilih cara konvensional ataupun secara online. Maklumat pemasaran boleh didapati dengan mudah melalui internet.
Keempat, pilih saluran yang betul. Sekiranya anda
sudah mengambil keputusan untuk memilih cara yang anda sendiri mahu untuk
memasarkan barang anda, pastikan ianya saluran yang betul. Kajian boleh dilakukan sebelum anda
memasarkan barangan anda.
Strategi pemasaran kena ada. Anda kena tahu dengan siapa anda nak jual
produk anda. Ia bagi mengurangkan masa anda
untuk tidak mensasarkan golongan yang salah.
Terakhir sekali, mesti bersikap jujur selalu. Barang yang anda jual kenalah berkualiti dan mesti
sentiasa menetapi janji sekiranya anda
sudah memberi janji dengan pelanggan anda seperti contoh tempoh penghantaran atau
syarat-syarat pengembalian sekiranya rosak di dalam perjalanan dan sebagainya.
Selamat maju jaya diucapkan...
Anda mungkin berminat dengan yang ini :-
- Anyam kraftangan rotan sendiri dengan modal yang rendah bagi mengisi masa lapang supaya anda dapat meraih pendapatan tambahan hanya dengan menjual produk berasaskan rotan! ebook Panduan menganyam
Anda mungkin berminat dengan yang ini :-
- Anyam kraftangan rotan sendiri dengan modal yang rendah bagi mengisi masa lapang supaya anda dapat meraih pendapatan tambahan hanya dengan menjual produk berasaskan rotan! ebook Panduan menganyam
Saturday, 2 November 2013
Suri Rumah Juga Boleh Berkerjaya
Tiada
yang mustahil pada zaman sekarang kerana suri rumah hari ini tidak senang jika
duduk diam dan selalunya membuat pilihan untuk membuat kerja sambilan di rumah.
Bagaimana hendak mencari kerja sambilan ketika berada di rumah bersama si manja akan dikongsikan di sini. Tidak
kira apa jua cara tetapi pada abad yang ke-21 dan dengan bantuan siber,
semua akan menjadi nyata. Perkongsian maklumat di sini amatlah digalakkan kerana saya percaya "The more we give, the more
we get".
Bagi
mereka yang terfikir untuk menjana wang sendiri dari rumah dan
mencari kerja sambilan apatah lagi secara online, inilah laman untuk anda.
Melayari laman-laman ini akan membawa anda menjelajah idea bagaimana hendak memulakan kerja
sambilan yang sah dan tidak rugi jikalau mahu tahu.
Tips untuk mengelak kerja sambilan yang tidak sah di talian/online
- Sebelum anda memohon kerja sambilan secara talian/online, pastikan anda menyemak dahulu untuk memastikan sama ada kerja tersebut sah ataupun tidak.
- Anda boleh juga menggunakan “google” untuk membuat sedikit penyiasatan dan lihat atau cari mana-mana artikel yang berkaitan. Cara ini mungkin mengambil masa tetapi ia sangat berbaloi kerana sekiranya ada orang yang pernah terkena tipu oleh syarikat ini, maka mereka tidak teragak-agak berkongsi di talian/online juga.
- Anda juga boleh membuat pengesahan dengan SSM berkenaan syarikat ini.
- Jadi, untuk lebih selamat lagi, anda boleh mendapatkan kerja sambilan ini melalui pihak ejen yang sah dan sudah terbukti kesahihannya.
Ini adalah contoh kemungkinan besar kerja
sambilan tersebut adalah tidak sah
- Syarikat itu menawarkan anda kerja tanpa permohonan, temuduga/saringan ataupun perbincangan dengan majikan mereka. Anda akan terus atau serta-merta mendapat tawaran tersebut.
- Anda dijanjikan dengan gaji yang tinggi dengan kerja yang minima.
- Syarikat tersebut meminta maklumat peribadi terlalu banyak seperti no kad pengenalan, no lesen memandu, no. akaun dan sebagainya. Antara cara yang paling selamat untuk anda berurusan pembayaran adalah melalui paypal ataupun cek. Anda boleh berkongsi no. akaun anda dengan syarikat-syarikat yang sudah anda benar-benar kenali.
- Anda diminta untuk membayar untuk membuat latihan.
- Butir-butir gaji yang ditawarkan tidak jelas. Pihak syarikat sepatutnya sudah menyatakan gaji untuk kerja sambilan tersebut semasa pengiklanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















