Baju atau kain yang sudah tidak digunakan lagi serta lusuh, mungkin masih lagi berguna. Jika hendak diderma, mungkin ia sudah tidak sesuai lagi kerana keadaan baju yang sudah lusuh benar. Terfikir untuk menjadikannya sebagai kain lap kaki tetapi biarlah ia nampak sempurna dan menarik. Bagi peminat crochet, Crochet rug sangat mudah. Gambar disertakan untuk rujukan. Crochet rug menggunakan kain atau baju lusuh ini boleh dikait mengikut corak kesukaan masing-masing sama ada bulat, segi empat, segi tiga dan sebagainya.
Showing posts with label Crochet. Show all posts
Showing posts with label Crochet. Show all posts
Monday, 2 March 2015
Thursday, 8 January 2015
Koleksi Crochet Ibu
Setiap kali waktu perayaan, terasa janggal jika rumah tidak dihiasi dengan hiasan crochet untuk alas meja dan juga sofa. Jangan dipandang rendah akan ketahanan crochet kerana ia mampu bertahan berpuluh tahun jika dijaga dengan sebaiknya. Pastikan ianya sentiasa disimpan dalam keadaan kering dan jikalau dicuci hendaklah dengan cucian yang lembut. Inilah sebahagian koleksi crochet ibu saya yang berusia hampir 30 tahun. Saya akan simpan crochet ini sebaik mungkin dan ia adalah sebahagian dari harta keluarga.
Saturday, 1 November 2014
Crochet Baby Hat
Crochet Baby Hat sangat mudah untuk dibuat dan juga sesuai untuk pemula. Topi ini dibuat ketika bayi saya berumur 6 bulan dan ia sangat selesa kerana menggunakan benang milk cotton.
Crochet Headband with diagram
Terlalu lama sudah tidak menjenguk dan menulis dalam blog. Bukan disebabkan ketiadaan idea tetapi masa yang terlalu cetek untuk diluangkan di laman blog. Ada juga saya ambil kesempatan sedikit masa cuba mengasah balik bakat crochet ataupun lebih dikenali seni mengait. Yang ringkas-ringkas pun tidak mengapa asalkan dapat melatih jari jemari yang kian mengeras.
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)







