Social Icons

Saturday 7 December 2013

Kehidupan Sosial Suri Rumah - Konservatif ataupun Liberal?

Kehidupan sosial seorang suri rumah amatlah subjektif.  Ada yang lebih suka memilih menjadi suri rumah yang konservatif dan ada juga yang lebih suka memilih untuk bersifat liberal.

Bagi saya, tiada pilihan yang betul untuk persoalan ini. Walaupun zaman sudah berubah seperti yang diperkatakan, saya amat menghormati suri rumah yang memilih kehidupan konservatif.  Suri rumah seperti inilah selalu menjadi idaman kebanyakkan suami kerana suami lebih suka isteri yang pastinya setia, apabila suami pulang kerja semua sudah tersedia, isteri adalah segala-galanya yang mengatur rumahtangga dan mengekalkan budaya tradisional sebagai suri rumah.

Walaupun begitu, jangan pula salah sangka kerana suri rumah yang bersifat liberal tidak semestinya mengabaikan rumahtangga.  Ia terpulang kepada pilihan masing-masing dalam memilih kehidupan mereka.

IMBAS KEMBALI
Saya ingin mengimbas kembali pertanyaan seorang lelaki iaitu teman kepada rakan kami dalam pertemuan baru-baru ini.  Sekali sekala saya dan rakan-rakan lama akan keluar dan berhibur mengikut temujanji yang telah kami sama-sama tetapkan.  Yang pastinya kami sudah arif dengan pertemuan seperti ini.

Berbalik kepada perkara tadi, Si Teman ini bertanya, "Kalau awak keluar, siapa yang kena jaga anak you?" Jadi, saya jawab "My husband." Muka Si Teman kita tadi sangat terkejut dan membalas, "Kalau I, semua isteri yang kena jaga, especially my anak. Dengan I sendiripun dia kena jaga."  Bila mendengar kata-kata teman tadi, saya hanya tersenyum dan tiada komen saya lemparkan. Biarlah, dia berhak untuk mengutarakan pendapatnya.

SUAMI YANG BERBEZA-BEZA PENDAPAT
Saya tidak hairan dengan perbezaan pendapat dalam semua perkara. Mungkin suami saya lebih bersikap terbuka dalam perkara seperti ini sepertimana saya memberinya kebebasan juga.  Love is based on trust. Ini tidak bermaksud kebebasan yang diberi disalahgunakan. Bersikap terbuka mungkin boleh membantu, memahami kesukaan masing-masing dan kena menghormati pendapat suami sekiranya dia tidak berkenan.

Pendapat setiap suami adalah berbeza-beza .  Ada suami yang lebih suka isterinya up-to-date dan bersikap berdikari dan menyerlah.  Ada juga suami yang lebih suka isteri yang pendiam, menurut kata atau dengan kata lain lebih pasif.

Jadi, bermungkinan besar kehendak suami boleh mempengaruhi kehidupan sosial seorang suri rumah.


SURI RUMAH JUGA KENA BERSOSIAL
Saya pasti mungkin ada segelintir suami yang kurang bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Suri rumah juga kena bersosial dengan rakan-rakan ataupun orang lain. Membawa isteri ke acara-acara seperti majlis keramaian dan sebagainya adalah idea yang sangat baik untuk si isteri bersosial dengan orang lain.

Meninggalkan si isteri di rumah bersama anak-anak tatkala  si suami sedang berhibur di majlis keramaian boleh menyebabkan si isteri rasa terabai, kesunyian dan hilang keyakinan diri. Libatlah isteri dan anak anda dengan aktiviti luar juga melainkan ia benar-benar tidak mengizinkan. 

Suri rumah juga seperti orang lain yang mempunyai perasaan untuk bergaul dan juga mahu dikenali orang lain serta dihargai.

Kerja sebagai suri rumah ini adalah 24/7. Kerja-kerja di rumah tidak pernah akan selesai. Sekali-sekala kena ada ruang untuk diri sendiri berlibur.  

Walaupun begitu ia masih terpulang kepada anda sebagai suri rumah, adakah anda lebih suka kehidupan sosial yang konservatif ataupun liberal? Anda lebih tahu.

Sunday 1 December 2013

Percayalah - Berkelah di Kebun Kelapa Sawit

Apa kata kita berkelah di pantai pada hujung minggu ini? Ataupun, apa kata kita berjumpa di kelab bersama keluarga di hujung minggu ini? Ataupun lepak di bar ataupun di restauran di sekitar bandar.   

Itulah yang sering kita cadangkan sekiranya ingin berjumpa kawan-kawan ataupun ingin melakukan aktiviti keluarga di hujung minggu.

Mungkin ini kedengaran pelik tapi percayalah ia pengalaman yang menyeronokkan. BERKUMPUL BERSAMA RAKAN-RAKAN DI KEBUN KELAPA SAWIT.

Pemandangan di sekitarnya tidaklah seindah di pantai atau gunung ganang ataupun di tepi tasik. Tiada talian internet, 1 bar telefon line, tiada elektrik mahupun air paip. Suasananya yang serba kekurangan ini dengan sendirinya telah menaturalkan perasaan ingin tahu dunia luar buat seketika kerana masing-masing rancak berbual dan mahu menyediakan makanan yang paling enak untuk hidangan semua.

Karakter anak-anak pun pandai berubah.  Mereka mula mencari batu, patahkan ranting, mencabut daun-daunan ataupun menjadikan gelas plastik menjadi mainan. Tiada seindah gambaran dari anak-anak ini apabila ia mula membangkitkan memori semasa kita kecil dahulu yang hidup tanpa pengaruh IT.







 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1