Social Icons

Saturday 2 November 2013

Tips untuk mengelak kerja sambilan yang tidak sah di talian/online

Amaran penipuan kerja di talian/online

  • Sebelum anda memohon kerja sambilan secara talian/online, pastikan anda menyemak dahulu untuk memastikan sama ada kerja tersebut sah ataupun tidak.  
  • Anda boleh juga menggunakan “google” untuk membuat sedikit penyiasatan dan lihat atau cari mana-mana artikel yang berkaitan.  Cara ini mungkin mengambil masa tetapi ia sangat berbaloi kerana sekiranya ada orang yang pernah terkena tipu oleh syarikat ini, maka mereka tidak teragak-agak berkongsi di talian/online juga.
  • Anda juga boleh membuat pengesahan dengan SSM berkenaan syarikat ini.
  • Jadi, untuk lebih selamat lagi, anda boleh mendapatkan kerja sambilan ini melalui pihak ejen yang sah dan sudah terbukti kesahihannya.

Ini adalah contoh kemungkinan besar kerja sambilan tersebut adalah tidak sah
  1. Syarikat itu menawarkan anda kerja tanpa permohonan, temuduga/saringan ataupun perbincangan dengan majikan mereka.  Anda akan terus atau serta-merta mendapat tawaran tersebut.
  2. Anda dijanjikan dengan gaji yang tinggi dengan kerja yang minima.
  3. Syarikat tersebut meminta maklumat peribadi terlalu banyak seperti no kad pengenalan, no lesen memandu, no. akaun dan sebagainya.  Antara cara yang paling selamat untuk anda berurusan pembayaran adalah melalui paypal ataupun cek.  Anda boleh berkongsi no. akaun anda dengan syarikat-syarikat yang sudah anda benar-benar kenali.
  4. Anda diminta untuk membayar untuk membuat latihan.
  5. Butir-butir gaji yang ditawarkan tidak jelas.  Pihak syarikat sepatutnya sudah menyatakan gaji untuk kerja sambilan tersebut semasa pengiklanan.

No comments:

Post a Comment

 

Do you need Translator?

Pelawat


 
UA-58368323-1